Saturday, September 17, 2011

September Itu Indah

Trio Perantau

SEPTEMBER bulan yang diindah. Bulan yang cukup bernyawa dengan pelbagai nilai gembira.

Diawalnya aku bersuka ria. Bersama dua insan tersayang menyambut Syawal. Perjalanan jauh Bangi-Kuala Terengganu menghiasi hari-hari awal Aidilfitri kami. Hidup umpama perantau dan menikmati kehidupan dengan rasa syukur.

Paling indah pastinya 6 September. Tarikh dimana lahirnya zuriat terindah ciptaan Tuhan. Naufal Zafran namanya. Dia berdiri, berlari, bak orang dewasa yang semakin ligat. Setiap percakapan mula disusun dengan gerak badan menampakkan kesungguhan.

Tahun ini tahun keempatnya bersama kami. Terima kasih Allah kerana penjagaanmu kepada zuriat kami. Buat isteri, Noranita Awang..inilah nyawa kita. Peliharalah sebaiknya seperti mana kita dipelihara oleh orang tua kita.

Tuhan. Aku sekali lagi berdoa, moga di tahun ini diberi lebih banyak rezeki dan perlindungan buat kami bertiga. Juga buat keluarga terdekat, sanak saudara, rakan-rakan seperjuangan dan seluruh umat manusia. Peliharalah kami sehingga nyawa kami kembali kepadamu.

1 tahun


2 tahun


3 tahun


Alhamdulillah... Sekarang sudah 4 tahun.

LELAKI SABAH: Salam Lebaran. Salam Hari Lahir dan Salam Hari Malaysia.

Saturday, August 27, 2011

Bila Tiba Hari Raya


HUJAN rintik-rintik malam itu. Orang lain bersujud dengan badan yang suci, sedangkan aku berlari-lari mengejar duniawi. Orang kata, aku sudah lupa. Sudah lupa apa itu ibadah. Sudah lupa apa makna agama.

Aku juga sedar, Ramadan hanya sekali dalam setahun. Lalu, aku begitu takut untuk tinggalkan dosa di bulan ini. Takut aku gagal mendapatkan sesuatu dari bulan ini.

Aku hanya mampu menahan lapar dan dahaga. Dalamanku makin kotor. Permainanku makin menjadi-jadi. Aku sesekali sujud, meminta agar sezarah ibadah yang aku lakukan di bulan ini diterima Allah.

Aku pasti rindukan Ramadan. Moga sahaja Allah pertemukan aku dengan Ramadan yang lain. Dengan harapan, detik itu aku menjadi manusia sebenar. Yang tahu apa itu ibadah, apa itu agama.

Syawal. Hadir dengan cara berbeza. Di situlah detik kegembiraan seorang manusia. Di maafkan segala dosa sesama manusia. Di situ juga wujudkan keinsafan. Betapa perlunya ikatan kasih sayang untuk meraikan Syawal.

Aku mahu habiskan masa bersama mereka. Cukuplah dunia yang aku kejar selama ini. Biarlah aku rebahkan semua tenagaku untuk mereka berdua. Isteri dan Anakku.

Kesempurnaan aku bukan pada harta. Bukan juga pada kebendaan. Kesempurnaan aku adalah bertiga. Aku, dia dan dia. Biarlah kami bersama selamanya. Bergembira di hari mulia dengan cara kami. Doakan kebahagian itu akan kekal.

Seribu kemaafan dari aku dan keluargaku. Buat semua umat bernama manusia. Yang zahir hinggalah yang batin. Ikhlaskan setiap pemberian. Moga Allah merahmati semua manusia di dunia ini. Salam Aidilfitri.

Gembira dan menangis adalah kehidupan kami.


LELAKI SABAH: Kemaafan itu lebih indah dari segalanya.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadan Sudah Datang

Bismillahirrahmanirrahim

SYUKURLAH dengan nikmat yang Allah berikan.

PETANG yang sunyi. Letih, sakit badan, tension dan tak ader mood. Tanda manusia mula bermain emosi. Semua yang disajikan tidak dipandang, jauh sekali mendapat perhatian.

Bersabarlah. Bulan Ramadan akan hadir juga. Letih akan menjadi segar. Tiada lagi sakit badan dan tension akan hilang begitu sahaja. Cuma....jaga sahaja mood itu agar Ramadan menjadi indah.

Aku. Buat kesekian kalinya akan menjadi aku. Berpuasa tunggal umpama si bujang telajak. Tiada erti sahur dan jauh sekali menikmati keselesaan berbuka. Apa yang penting, aku sempat berniat untuk berpuasa. Dan berbuka mengikut tempoh. Moga sahaja aku dapat menghabiskan Ramadan ini untuk melihat Syawal yang baru.

Buat isteri yang sabar menjadi 'ibu tunggal', bersabarlah kerana kebahagian sebenar terletak dalam hati. Buat anak yang semakin mengerti, jagalah ibumu seperti mana dia menjagamu.

Kawan-kawan kalian, Ramadan ini bukan semata-mata berpuasa. Inilah detik untuk kita berbaik dan menjernihkan mana-mana yang keruh. Kita berpuasa di alam yang sama dan kita berbuka di waktu yang sama.

Bezanya, kita mempunyai niat yang tidak sama. Di pihak aku, aku terlalu kotor dan biarlah aku dengan cara aku. Moga sahaja, kita sama-sama diberikan pahala. Pahala yang boleh membantu kita untuk berjumpa di dunia sana. Insyallah.

LELAKI SABAH: Yang lapar bukannya perut dan yang haus bukannya tekak. Salam Ramadan buat semua.

Saturday, July 16, 2011

Aku Sudah Penat

Bismillahirrahmanirrahim

MALAM ini malam Nisfu Sya'ban. Malam penuh pengampunan. Dijadikan malam ini buat kita semua. Terutamanya aku sebagai insan kotor.

Aku cukup lemah untuk hidup. Cukup lemah untuk memikirkan semuanya. Semangatku kadang kala hilang, seperti enggan lagi berkawan dengan aku.

Mungkin saja, aku sudah bosan. Atau aku perlu berputus asa dengan apa yang aku kejar. Semua orang ada kehidupannya. Tapi kehidupan yang aku lalui penuh lakonan. Siapa aku dan siapa yang tahu pasal aku?

13 Julai sudah berlalu. Titipkan salam buat semua keluarga dan rakan yang menghulurkan doa. Moga saja apa yang diucapkan itu diterima Allah.

Jujur aku katakan, aku bukanlah manusia yang suka meminta-minta. Jauh sekali untuk dilayan seistimewa orang lain. Cukup bagiku kepercayaan dari orang yang aku sayang. Perhatian dari orang yang aku sayang dan kasih sayang dari orang yang aku sayang.

Iya..mulutku kadang kala bacul. Perangaiku kadang kala umpama pengkhianat. Malah, hatiku busuk dan suka mendengki. Itu kelemahan aku. Dan itu dosa yang perlu aku tanggung.

Tapi percayalah. Hidupku penuh pendirian dan semangatku juga cukup terhad. Buat mereka yang sering dipaksa, hanya kesabaran yang aku minta. Bila mana semangat itu hilang, aku akan pergi juga.

Hari ini, kita masih boleh bernafas. Diizinkan Tuhan, kita akan terus bernafas. Satu udara di bumi Tuhan. Masa itu akan tiba dan pendirian itu juga akan bersuara. Waktu itu, aku lupakan semangatku buat seketika, kerana aku juga manusia biasa.

Berdirilah dengan kehidupan asal masing-masing. Ketawa dan bersedihlah mengikut naluri masing-masing. Kerana apa, kerana dunia aku bukan di sini.

JANGAN biarkan dia jadi sepertiku

Lelaki Sabah: Selendang itu boleh jadi tuala, tapi tuala itu tidak mungkin menjadi baju.

Sunday, July 3, 2011

Semua Tentang Julai



Bismillahirrahmanirrahim

AKU HAMPIR TERLUPA
BAHWA JULAI SUDAH BERMULA
BULAN PENUH MAKNA
ANTARA AKU, DIA DAN MEREKA

DI SINI SEMUA ADA
SUKA DUKA DAN JUGA GEMBIRA
DI SINI SEMUA PENUH BERMAKNA
CERITA AKHIRAT DAN JUGA DUNIA
CERITA JASAD MAHUPUN NYAWA

AKU LAHIR DI BULAN INI
TANGGAL 13 TAHUN MASIHI
SUDAH DEWASA PENUH BERISI
LUAR DALAM AKU TEROKAI
JUMPA MANUSIA YANG INDAH BERSERI

TAPI SAYANG
DI BULAN INI AKU TELAH HILANG
PERGINYA IBU DI USIA MATANG
TINGGALKAN KAMI DI WAKTU TENANG
MALAM SIANG AKAN DIKENANG
IBU...KAMI AKAN SENTIASA SAYANG

JUGA DI BULAN INI
AKU HILANG LAGI SEKALI
SEMANGAT, KEPERCAYAAN PENUH HAKIKI
DARI MANUSIA DIHUJUNG BUMI
BUKAN SEKALI, TAPI BERKALI-KALI
MANUSIA PERGI SELEPAS DIKHIANATI
TINGGAL AKU MENANGIS SENDIRI
ANGKARA PERBUATAN PENUH KEJI
SILAP SIAPA TANYALAH HATI
JANGAN KESALI JANGAN TANGISI
HIDUP KOSONG BERMULA HARI INI

TUHAN
BERIKAN SEDIKIT REZEKI
JUGA HIDAYAH UNTUK BERBUDI
AKU PASRAH DENGAN UJIAN INI
SEMUA DITENTUKAN OLEH ILAHI

TAPI....
DOAKU TAK PUTUS MALAM DAN PAGI
MOGA ADA PELUANG SEKALI
UNTUK JADI MANUSIA SEJATI

TERIMA KASIH JULAI

Lelaki Sabah: Tanpanya...dunia ini kosong

Wednesday, June 15, 2011

Dunia Mula Bersuara

Bismillahirrahmanirrahim

BENAR...
DUNIA AKU BUKAN DI SINI
YANG NYATA DAN JELAS SEGALANYA

TAPI KAWAN
AKU MASIH BERAKAL WARAS
JUGA MASIH PUNYA AKIDAH
AKU BERDIRI DI TANAH ALLAH
DIHUNI MANUSIA BERNAMA TERENGGANU

PASTI
DI TANAH INI REZEKI AKU
DI TANAH INI JUGA DUNIA AKU
AKU TIDAK BOLEH HIPOKRIT

MAKA KAWAN
AKU AKAN BERTARUNG NYAWA UNTUK TANAH INI
DENGAN MODAL PENA DAN FIKIRAN
JADIKAN DARUL IMAN SEHEBAT NAMANYA
BIAR NANTI ANAK DAN CUCUKU BERKATA
DI TANAH INI MOYANGNYA BERJUANG

AKHIRNYA
HITAM PUTIH AKAN MENJADI KEHIDUPAN
HITAM PUTIH JUGA MEMBAWA KEJAYAAN
JANJIKU PADA TANAH INI
SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN
TANAH INI AKAN KU JULANG

Di bawah runtuhnya stadium ini, kita bina wilayah baru

Lelaki Sabah : Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung...AllahuAkhbar

Thursday, May 26, 2011

Gua Dah Kata Dah...

INI gambar beberapa minit sebelum berlepas. Saje kaburkan sebab kami sendiri masih kabur dengan peluang untuk menang.

Bismillahirrahmanirrahim

KETIKA itu, jam menunjukkan pukul 6 pagi, dan gua sedang duduk di sebalik tembok batu sambil menunggu seseorang. Lebih kurang setengah jam, dia pun datang. Kami menuju ke lokasi kedua, menjemput dua lagi rakan.

Lengkap berempat. Gua, Jijul, Jaidi dan Pejal menuju ke destinasi utama. Balai Berita NSTP untuk Pencarian Harta Karun Kesatuan Wartawan Malaysia (NUJ) 2011. Peliknya, kami adalah pasukan pertama yang tiba. Dalam hati gua berkata.." Ini tanda-tanda nak menang lah"...

Pendekkan cerita. Perjalanan sehari dari KL ke Melaka berlanjutan selama tujuh jam. Macam-macam karenah dan perangai gua sajikan. Ada yang bengang, ada yang menyampah. Rileks bro...hidup mesti enjoy..

Malam itu, bertempat di Dewan Besar Hotel Abadi, Melaka Raya, seluruh dewan tergaman. Melihat empat 'ekor' lelaki bersorakkan. Gua memang tak percaya. Jijul lagilah. Jaidi macam mimpi dan Pejal sampai tak boleh bangun.

Selepas hampir sedozen percubaan, inilah kali pertama kitaorang jadi juara. Bukan top 5 dan bukan top 3, tapi No. 1.

Jadi, siapa kata 'budak kampung' macam kami tak pandai Bahasa Inggeris. Sapa kata 'budak mentah' macam kami tak reti cari tresure..Semuanya sudah terbukti. Dan mimpi itu telah menjadi kenyataan. RM3k jadi habuan.

GAYA perlu untuk menjadi juara.

BEBERAPA minit sebelum diumumkan juara.

AKHIRNYA...Penantian itu berakhir di Kota Melaka.

LELAKI SABAH: Tahniah juga buat Zainol and The Geng, Pejal Kajai dan Basir and The Family.

Thursday, May 5, 2011

Kecelakaan Seorang Binatang

Bismillahirrahmanirrahim

PAGI itu gua berjalan. Melihat seorang gelandangan tidur di bangku. Persis manusia wajahnya. Ada segala-galanya. Cuma, terkilan rasa gua melihat nasibnya. Umpama binatang tanpa nama.

Dia menunggu waktu 12 tengahari. Rasanya, mahu masuk ke kandang mencari teman. Pelik gua lihat. Semangat sungguh. Dari belantara datangnya, ke dunia moden milik temannya.

Bertemu teman. Senyum gua melihat binatang itu. Terkelu-kelu lidahnya. Kemaruk juga rasanya. Mungkin ini kali pertama baginya, atau juga, mungkin sudah lama tidak merasa.

Tapi indahnya tidak lama. Gua lihat lagi. Binatang itu berpeleseran. Di ajak menjadi gembala, binatang itu degil berjalan sendirian. Kononya hebat. Dunia moden ini bukan temanmu binatang. Kau mau pergi mana? Kau mau makan di mana? Sudahlah...pergilah ke kandang tempat temanmu.

Hampir 30 jam berlalu. Gua terus melihat. Gelagatnya makan bak binatang kuno. Diketawakan. Disiniskan. Dan mungkin juga dihinakan. Biarlah binatang, dunia mu bukan di sini.

Malam itu, gua sudah mengantuk. Dan episod binatang itu juga bakal berakhir. Kau baliklah ke kandangmu. Tiada restu buatmu.

Kini.....binatang itu bersendirian rasanya. Kejap dunianya putih, kejap menjadi hitam. Salah dirimu binatang. Bersyukurlah dengan apa yang telah diberikan padamu. Dan terimalah kecelakaanmu sebagai seorang binatang.

LELAKI: Dua tanda itu mungkin hilang, tapi "but i'm not" akan kekal selama-lamanya. RIP

JANGAN pandang-pandang, jangan pegang-pegang

Thursday, April 28, 2011

Dibuang atau Membuang

Bismillahirrahmanirrahim

CIKGU gua kata, jangan buang sampah merata-rata.
USTAZ gua kata, jangan membuang sampah merata-rata.
KAWAN gua kata, jangan dibuang sampah merata-rata.

dan

GUA pun berkata, gua tak pernah membuang tetapi sering dibuang.

LELAKI SABAH: "jangan datang sini.............."

Saturday, April 16, 2011

Lu Jadi Mangsa Demokrasi

Bismillahirrahmanirrahim

WAKTU itu sudah malam. Dia hanya menguap dengan nada sedikit letih. Tapi Jantan itu terus mengasak. Bertubi-tubi hingga temannya berdiam diri. Jantan itu tidak berputus asa. Sedikit lagi, usahanya akan berjaya.

Gua dari jauh hanya memerhati. Melihat kisah dua manusia berbeza pendirian. Si Jantan penuh mustlihat. Bermain kata-kata dengan nada penuh kesedihan. Modalnya cuma ihsan. Modalnya juga istilah kesian.

Memang kesianla gua lihat. Muka hensem tapi hati penuh taman. Dalam hati gua sempat berkata.."Wei bengong...lu cari je yang lain. Jangan dipaksa orang yang ada prinsip.."

Tapi Jantan tu enggan mengalah. Ditukar taktik secara tiba-tiba. Kononnya umpan akan mengena. Alasan terbaru disuarakan. Katanya, biar terima dimulut...di hati tidak perlu"

Hahaha..gua boleh agak...kejap lagi Jantan tu akan kena..

Tup..Tup...Tup...Jantan tu kena tampar. Jatuh kelakiannya. Tuah yang dicari, sebaliknya bala datang menimpa. Gua perhatikan saja, sambil menangis, Jantan tu berpaling. Dia pergi tanpa menoleh ke belakang.

Gua tahu..maruahnya sudah tercalar. Prinsipnya sudah tergadai. Rendah dirinya kerana sikap sendiri. Inilah nasib mu Jantan. Lu memang BENGONG!!!!


PERCAYALAH...Insan ini tahu apa yang dibacanya.

LELAKI SABAH : Jangan malu jadi orang bengong yang kuat berusaha.

Tuesday, April 5, 2011

Kenyir Itu Bernyawa

Apabila Petronas bertemu Media.

Bismillahirrahmanirrahim

MASA gua kecil-kecil dulu, ada dua tempat di Malaya ini yang gua mau jejaki. Pertamanya, puncak Kinabalu. Dan kedua, pastinya Tasik Kenyir.

Memandangkan Kinabalu terletak di negeri gua, maka hajat itu sudah lama tercapai. Dan Kenyir, sebuah tasik penuh lagenda baru sahaja gua jejaki. Terima kasih Petronas. Terima kasih Kawat dan terima kasih semua.

Kenyir. Penuh lagenda. Kedalamannya menjangkau 150 meter. Orang kata, ada naga di Tasik Kenyir. Orang juga kata, ada puteri di pulau-pulau di Tasik Kenyir. Benarkah?

Semalaman gua di Kenyir. Merentasi gelombang air yang tenang. Menjejaki pulau yang masih bernyawa. Melihat air terjun ciptaan Ilahi. Dan meneroka pesona penghuni misteri.

Gua tak jumpa naga. Jauh sekali puteri. Apa yang gua jumpa adalah kehidupan. Kehidupan sebuah dunia penuh peraturan. Setiap perjalanan perlu dirancang. Setiap perbualan perlu diperlahan. Dan buanglah egomu tak kala merentasi dunia Kenyir.

Buka matamu. Sejukkan mindamu. Lihatlah.....inilah sebenarnya sebuah dunia. Di dalamnya tersimpan seribu misteri. Siapa berani menghancurkannya. Siapa berani menerokanya. Ia adalah milik Tuhan.

Ingat...nikmati sahaja apa yang dilihat. Dan lupakan niat merompak yang tersirat.

Gua sentiasa terfikir. Bagaimana boleh manusia bertindak sehebat ini. Mengumpul berjuta-juta billion air. Disatukan di sebuah tasik sehingga bukit dan gunung menjadi lemah. Subahanallah. Maha Suci Allah. Pencipta Langit dan Bumi dan segala isinya.










LELAKI SABAH : Gambar-gambar adalah milik Telusuri Terengganu dan Kak Sham. Terima Kasih.

Monday, April 4, 2011

Muka Legend...Hati Ciut

BERDIRI sama tinggi, duduk sama rendah

Bismillahirrahmanirrahim

MALAM itu hujan turun renyai-renyai. Gua berjalan berdua. Bersama seorang teman dari Utara. Masuk stadium, duduk tempat biasa. Mata bersedia melihat pergerakkan di atas padang. 22 pendekar bersiap sedia. Dan wisel pun berbunyi. Pertempuran bermula - T-Team menentang Sabah.

Minit berlalu. Tuan rumah di hadapan. Bersorak empunya lapangan. Tanda meraikan gol pertama. Hati gua berdebar. Berselang minit kemudian, empunya lapangan bersorak lagi. Gol kedua dicipta. Gua bertambah berdebar. Di penghujung babak pertama, lagi bersorak segenap stadium. Kali ini, untuk gol ketiga. Hancur harapan gua.

Gua tetap senyum. Rakan-rakan ditepi juga tersenyum. Bezanya adalah niat. Niat gua sudah lari. Senyuman gua juga tidak ikhlas. Melihat negeri kelahiran gua dijinakkan. Mau menangis, lelaki jadi penghalang. Tugasan perlu diteruskan. Yang kalah tetap kalah. Yang tewas, perlu cuba lagi.

Sedih. Hiba. Kecewa. Semuanya bersatu dalam hati. Membuatkan gua pening seketika. Perjalanan jauh disudahi dengan kekecewaan. Tiga berbalas kosong. Kena terima seadanya.

Tapi gua ada semangat patriotik. Berdoa terus berdoa. Moga di hari lain rezeki menyebelahi gua. Menyebelahi negeri gua. Membalas kecewa di lapangan orang. Di depan gua sendiri. Moga akhirnya, gua ikhlas membuat kerja.

Percayalah..badan gua memang di sini, tapi hati gua bersama kamu. Kita berjuang di negeri orang. Demi maruah dan harga diri.

SABAH Tanah Airku. Negeri Kita Yang Tercinta


JANGAN pandang belakang kerna duniamu ada di hadapan

LELAKI SABAH : Menang bukan kerana kamu menang, tapi menang kerana kamu pernah kalah

Saturday, April 2, 2011

Basikal oh Basikal

GUA tak suka biru, sebab hati gua tetap bersama Hijau


Bismillahirrahmanirrahim

BUDAK di kampung semua sudah ada basikal. Gua ngan abang gua hanya mampu menengok. Sekali sekala, bolehlah pinjam. Tapi tak brapa best sebab bukan hak milik.

Mungkin sebab kesian, bapa gua belikan satu basikal. Colour hitam. Harga time tu dalam RM150. Maknanya, gua kena kongsi ngan abang gua. Kalau dia tiada, baru gua dapat main. Tapi tulah, basikal kongsi. Mana best. Lama kelamaan, basikal itu bertukar hijau. Gua cat sendiri. Guna cat rumah. Memang hancur.

Itu kenangan 20 tahun lalu. Gua pun tak sure basikal tu masih ada or tak. Tapi setahu gua, basikal tu mungkin masih tersimpan dalam stor di kampung lama. Bercampur barang-barang lusuh dengan reban ayam.

Sekarang gua ada di negeri orang. Negeri yang penuh dengan bakat-bakat hebat dalam lumba basikal. Sini ada Azizulhasni. Ada Anuar Manan. Ada Fatehah. Semua ada. Team basikal pun ada kat sini.

Di sini, gua selalu nampak budak-budak main basikal. Orang panggil basikal nyamuk. Macam-macam colour ada. Hitam, kuning, merah...hijau pun ada.

Satu hari tu. Gua dijemput penganjur untuk hadiri satu program. Program berbasikal kata mereka. Gua datang dengan selamber. Bawa jurugambar bersama. Dengan niat, ada cerita yang boleh ditulis.

Tup...tup...Gua sudah kena panggil. Ingat nak buat sesi wawancara. Tau-tau, gua kena suruh lepaskan bebudak. Maknanya, gua kena pegang bendera negeri ini. Hitam putih warnanya. Sedia.....1...2...3.

Mereka pun berlumba. Ada yang jatuh. Ada yang kepenatan dan ada yang gembira. Bagi gua, gua puas hati. Dapat lihat dari dekat bebudak lumba basikal.

Gua rasa bertuah. Mungkin saja bebudak yang gua lepaskan tu akan jadi macam Azizulhasni. Jadi macam Anuar Manan. Kalau dorang berjaya kelak, gua boleh tumpang gembira.

BASIKAL bukan kegemaran utama gua


GUA anak Keningau, tapi gua boleh pegang bendera Hitam Putih

LELAKI SABAH: Rindu kenangan di kampung. Bapa gua berpeluh ajar gua naik basikal sehingga gua boleh berkayuh. Terima kasih Pak.

Tuesday, March 29, 2011

Damailah Pacik Di Sana

Bismillahirrahmanirrahim

KALI ini gua jumpa seorang lagi pacik. Umurnya 56 tahun. Muka berseri-seri dengan bentuk badan yang sedikit sasa. Tengok paras rupa, gua percaya pacik ni seorang yang hensem pada zaman remajanya.

Gua nampak pacik tu diusung dua lelaki berpakaian seragam. Tangannya 'diikat' dibelakang. Dengan wajah penuh senyuman, pacik itu masuk ke kandang. Sempat memandang ke arah gua dan beberapa manusia lain.

Seorang lelaki kemudian berdiri di depannya. Mengeluarkan sekeping kertas dan membacanya di hadapan pacik itu. "pacik paham semuanya," kata lelaki muda itu.

Pacik tu mengangguk kepala. Dia tahu apa yang sudah dilakukannya. Dan dia juga tahu akan hukuman yang bakal diterimanya. Semua itu berlaku penuh adat. Seperti hukum manusia, yang salah tetap bersalah. Pacik itu juga sudah mengaku akan kesalahannya.

Sayang sangat-sangat. Pacik itu kini perlu kembali ke tirai besi. 18 tahun tempohnya hanya kerana beberapa gram dadah. Gua kesian tengok pacik tu. Tapi memikirkan apa yang telah dilakukannya, memang tirai besi tempat terbaik buat pacik tu.

Apa yang gua heran, pacik tu langsung tidak bersedih. Mukanya tetap cool dan masih mampu tersenyum. Malah sempat bergurau senda dengan orang dikelilingnya.

Mungkin saja dalam hati kecilnya, pacik itu berkata..."Apa aku kisah masuk penjara. Separuh daripada usiaku telah ku habiskan di situ...."

Betulah. Umur pacik tu sekarang ialah 56 tahun. Tapi dia hanya merasai nikmat kebebasan selama 22 tahun. Bakinya selama 34 tahun dihabiskan di penjara. Bukan sekali, tapi lebih 5 kali. Semuanya asbab dadah.

Gua terfikir sejenak. Best sangatkah rumah bernama penjara tu sampai pacik tu teringin sangat nak ke sana???????

Tak pe lah pacik. Gua hanya boleh berdoa agar pacik panjang umur dan sentiasa sihat. Moga suatu hari nanti pacik boleh kembali merasai nikmat kebebasan. Sebelum pacik, gua dan semua manusia diadili di Padang Masyhar.

BEBASKAN nyawa dengan cara terbaik

LELAKI SABAH: Manusia boleh berfikir dengan bijak, tapi tidak semua orang bijak boleh berfikir seperti manusia. - muslakawa

Friday, March 25, 2011

Terima Kasih Pacik

Bismillahirrahmanirrahim

HARI ni hari Jumaat. Gua duduk santai di opis sambil ketuk-ketuk story. Menjelang tengah hari, gua sudah dengar Azan berkumandang dari sebelah pejabat. Tanda semua umat muslimin perlu segera untuk tunaikan solat Jumaat.

Khutbah sudah didengar, solat sudah didirikan dan doa sudah diminta. Gua keluar dengan nada keinsafan sambil mencari sepasang selipur jepun kaler kuning. Cuaca hari ni sejuk-sejuk, berkat hujan yang turun sejak semalam.

Melepasi pintu masjid, mata gua sudah terpandang kelibat sang peniaga. Air kelapa, cendol dan kuih pau menjadi taruhan. Ramai yang berkumpul membeli. Alhamdullilah. Rezeki halal buat mereka.

Sepuluh meter berjalan, mata gua melilau lagi. Kali ini luar biasa sikit. Hati bercampur hiba dengan perasaan sayu membuak-buak. Gua terpandang seorang pacik. Tingginya lebih kurang arwah ibu gua. Dia pakai spek mata sambil berkopiah. Matanya tepat melihat setiap penghuni masjid. Dengan harapan, ada yang singgah membeli jualannya.

Ini kali pertama gua nampak kelibat pacik ni. Dia sebenarnya seorang peniaga. Menjual keropok dalam plastik. Modalnya cuma segulung tikar sebesar satu meter. Dia hanya berdiri dengan tangan bersandar di tiang lampu. Tugas pacik ni, menyapa setiap manusia yang lalu. Sayangnya....tiada siapa yang singgah untuk memberinya rezeki.

Ahhh...aku benar-benar tersentuh. Kalaulah aku ni anak jutawan, akan ku borong semua jualannya itu. Aku hanya memandang dari jauh. Selang 5 minit kemudian, singgah seorang lelaki tua. Sambil bersalaman, orang tua itu membeli dua bakul plastik dengan nilai RM2.

Gua sempat lihat wajah pacik itu. Dia senyum sambil tangannya pantas memasukkan RM2 tu ke dalam poket. Nilai itu begitu besar baginya. Mungkin saja duit itu akan menjadi modal kepada jualannya. Dan mungkin juga duit itu untuk membeli sesuap nasi.

Oklah pacik, gua mau masuk opis dulu. Pacik teruskanlah dengan usaha pacik. Gua berdoa, agar pacik terus dipanjangkan umur dan dimurah rezeki.

Kembali duduk atas kerusi hitam gua. Tangan pula pantas memegang sebatang rokok jenama Dunhill. Dibakar, dihisap dan dihembus. Sambil ingatan ligat mengimbas memori silam. Apa yang gua ingatkan? Gua saja yang tahu. Pastinya, pacik itu menjadi asbab kepada ingatan gua kepada kehidupan lampau.

Gua pernah lalui kehidupan seperti pacik tu. Bezanya, gua ngan arwah ibu gua berniaga sayur dan pacik tu berniaga keropok. Waktu itu gua dalam darjah 4. Memang gua masih kecik, tapi gua tahu apa itu perasaan. Perasaan yang dirasai pacik keropok tu. Jadi, gua memang tahu bagaimanapun mencari rezeki di bahu jalan.

Rezeki datang dari Tuhan. Diberikan kepada manusia terpilih untuk diserahkan kepada gua ngan pacik tu. Prosesnya memang touching. Dan setiap pemberian sama ada 0.50 sen, RM1 ataupun RM5 adalah satu nikmat. Nikmat yang boleh mengubah hidup.

Ya Tuhan, permudahkanlah setiap urusan manusia-manusia yang mencari rezeki halalmu. Termasuklah gua, isteri gua, bapa gua, adik beradik gua, saudara-saudara gua, kawan istimewa gua, kawan-kawan gua, dan semua manusia.





LELAKI SABAH: Syahdu dengar lagu legenda kelahiran Isabela Filipina, Freddie Aguilar - Anak. Lagu peneman setiap kali berjualan sayur di bahu jalan.

Wednesday, March 16, 2011

Aku MAHU Pulang

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sudah lama rasanya aku tidak pulang
Sendirian melayan karenah orang
Yang jujur, pintar, tidak kurang yang kuat temberang
Ada yang ketawa sambil berpesta arang
Tidak takut dibelasah, dihunus parang
Hingga mati nyawa melayang
Akhirnya jasadmu dibuang ke longkang

Sudah lama rasanya aku tidak ketawa
Hidup berdua juga bertiga
Kadang kala berempat, sekali sekala berlima
Cerita dikongsi, pengalaman ditimba
Buat penyeri kehidupan sang nyawa
Di alam sana, berjumpa si Pencipta

Ya Tuhan, aku benar-benar mahu hidup
Mencari rezekiMu biar segalanya cukup
Bila ku sunyi mata ku tutup
Hanya mendengar angin bertiup
Melihat jasadnya jatuh tertangkup
Melengkapkan kehidupan yang kian redup




LELAKI SABAH: Penantian itu indah untuk dinikmati, tetapi bukan nikmat untuk dilalui

Tuesday, March 15, 2011

Di Mana Kehormatan?

TERIMA kasih anak-anak, penghormatan itu adalah
simbol kepada kejujuran kalian


Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

AKU tak tahu, dan aku tak faham. Adakah aku sudah cukup dewasa untuk dihormati. Atau adakah kerjaya aku ini perlu dihormati.

Aku sedikit terkesima dengan sikap segelintir manusia di dunia ini. Ada yang hebat bak seorang pejuang undang-undang, tapi perangai macam tak pernah kenal apa itu undang-undang. Manusia itu (seorang wanita hebat diposisinya, tapi hampeh pada pandangan aku) langsung tidak mempunyai budi pekerti.

"U ni siapa nak tanya-tanya semua tu"....lagak wanita itu yang lebih selesa aku panggil perempuan.

Akak senior yang berada bersamaku selamber menjawab.."Ini kerja kami dan kami berhak bertanya..."

"Tak boleh.." perempuan tu menjawab sambil berlalu pergi tanpa rasa dirinya bersalah.

Perangai perempuan tu kami ulas kemudiannya..."Dia ingat dia hebat sangat, tak reti nak hormat orang langsung..."

Dalam hati kecil aku sempat berkata.."Woi perempuan, kau tunggulah pembalasannya di kemudian hari...........

Hari yang sama, aku lalui situasi yang hampir serupa. Bukan yang pertama, tapi sudah beberapa kali aku 'diperbodohkan' oleh orang-orang yang sepatutnya menghormati aku.

Untuk kes ini, aku malas ceritakan. Cukuplah aku katakan yang nilai dan maruah aku di sini langsung tidak dihormati. Kedudukan dan tanggungjawab yang diberikan kepada aku bukan 'tiket' untuk aku dihormati.

Aku bertanya lagi, adakah aku ni terlalu memberi kemanjaan, atau aku tidak cukup tegas untuk membuat keputusan. Adakah juga aku tidak layak, atau mereka-mereka ini menganggap diri mereka terlalu hebat.

Aku manusia biasa, dan mereka juga manusia biasa. Bezanya, dunia aku bukan disini. Tuhan itu Maha Mengetahui dan Maha Melihat.

LELAKI SABAH: Wanita menarik nafas lebih kerap daripada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita

Thursday, March 10, 2011

Jika

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

"Jika teringat tentang dikau, jauh di mata dekat dihati"....

Terus terang gua kata, ini adalah antara lirik dan lagu kegemaran gua. Gua tak tau kenapa, tapi apa yang gua boleh katakan, gua tak pernah bosan dengar lagu ni.

Paling best, lagu ni femes masa gua duk belajar kat universiti dulu. Kalau tengok video klipnya, memang sebijik ngan drama yang gua pernah buat kat library universiti. Sampai skrg, kalau gua dengar lagu ni, gua akan ingat kisah tu. Kisah penuh imaginasi seorang lelaki.

Dan kini, selepas hampir 10 tahun berlalu, kisah itu masih segar dalam ingatan gua. Bukan sebab gua ni punya daya ingatan kuat, tapi kisah itu berulang kembali dengan kehadiran watak baru. Maknanya, ia memberi peluang kepada gua untuk buat drama sekali lagi...



LELAKI SABAH: Hebat manapun drama itu, ia tidak mampu menandingi filem ciptaan gua bersama seorang wanita.

Sunday, March 6, 2011

Lu cakap...lu tanggung!!!

BERANILAH sebagai jantan yang betul-betul jantan.

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

KALI ini, gua tak nak tulis panjang-panjang. Gua cuma nak cakap pada sesetengah manusia yang anggap dirinya bijak tapi sombong...."kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai"..

Lu kena ingat...

1. Kalau lu takut orang bantai lu, lu jangan suka-suka keluar statement. Nanti menyusahkan orang ramai.

2. Kalau lu dah cakap, lu jangan suka putar belit kata lu. Nanti orang kata lu tak de pendirian.

3. Kalau lu dah salah, better lu mengaku dan betulkan keadaan. Nanti orang akan sentiasa respect lu.

4. Kalau lu lelaki, lu buat cara lelaki. Dan kalau lu perempuan, lu jadilah perempuan. Nanti orang tidak keliru dengan jantina lu.

5. Kalau lu utamakan akhirat, lu buatlah cara baik. Dan kalau lu utamakan dunia, lu teruskan dengan cara lu.

Sekian.

Monday, February 28, 2011

Semangat Yang Hilang




BUKAN pertama kali aku berjauhan dengan mereka. Bukan pertama kali juga aku tinggalkan mereka. Tapi, apa yang aku rasakan ketika ini adalah rasa yang cukup berbeza.

Aku seperti budak kecil yang takut bersendirian. Aku takut menempuh hari-hari ini secara berseorangan. Aku bagaikan hilang semangat. Ditambah dengan beban dihadapanku, semuanya menjadi terlalu rumit.

Aku terlalu rindukan suasana itu. Setakat seminggu, dua minggu, ia memang tidak mencukupi. Benarlah kata orang-orang tua, kita akan merasai sesuatu itu apabila ia tidak berada di depan mata.

Adakah aku cukup kuat. Tidak.Tidak.Tidak. Itulah jawapan sebenar. Aku terlalu kuat berlakon untuk menjadi seseorang. Percakapanku sering menjadikan aku lupa diri. Seolah-olah tiada beban dan masalah yang menimpaku.

Aku tidak kuat sebenarnya. Memang dari dulu, aku tidak boleh melalui semua itu secara bersendirian. Di alam kerja, aku terkontang kanting. Seperti baru semalam aku bergelar wartawan.

Aku jadi takut. Semacam akan wujud bencana di hadapan yang aku sendiri tidak tahu bila ia akan berlaku. Aku takut dengan bayang-bayang sendiri. Setiap saat ku hitung. Adakah aku telah bersedia dengan semua ini.

Berlagak. Iya, memang aku kuat berlagak. Aku ketawa bagaikan dunia ini aku yang punya. Wal hal, dalam hati aku ketakutan. Secara jujurnya, aku perlukan mereka. Aku perlukan dia di sisiku dan aku perlukan dia untuk kehidupanku.

Ahhhh..kalaulah aku seperti mereka. Pasti semangatku bertambah. Bukan sekarang, tapi sejak aku kenal dunia ini. Inilah nasibku. Inilah kehidupanku. Dan inilah rezekiku.

Tuhan. Kuatkanlah semangatku. Menjadi seorang pencari rezeki yang tenang. Boleh bermain dengan fikiran yang waras. Tidak takut dengan kenyataan dan tidak takut dengan ancaman.

Apapun, aku seharusnya sentiasa bersyukur kepada Mu Tuhan. Kerana mungkin, aku tidak sampai ke tahap ini andai aku seperti mereka.

Doaku kini, Engkau panjangkanlah usiaku, perluaskan rezekiku dan berikan aku lebih banyak peluang untuk bersama orang-orang yang aku sayangi.

LELAKI SABAH: Aku selalu berfikir mengapa orang tua ku sering 'membekalkan' aku dengan beberapa ulas bawang merah setiap kali aku berjalan jauh.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim.

(CERITA INI GUA PETIK DARI http://raudhatulnadwah.blogspot.com. Untuk peringatan diri gua, keluarga gua dan seluruh umat Nabi Muhammad)

Daripada Abbas r.a Rasulullah s.a.w bersabda:

"Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad s.a.w. Jibril a.s akan datang kepadanya membawa seekor Buraq. Israfil datang membawa bendera dan mahkota. Izrail datang membawa pakaian-pakaian syurga.

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik. Maka kubur mula terbongkar. Pada seruan yang kedua pula, ketika Rasulullah berdiri, baginda s.a.w telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda s.a.w. Baginda s.a.w melihat kanan dan kiri, tiada lagi bangunan. Baginda s.a.w menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Baginda s.a.w bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril a.s. berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda s.a.w bersabda: " Bukan seperti itu pertanyaanku."

Jibril a.s. berkata: " Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda s.a.w bersabda: " Bukan seperti itu pertanyaanku."

Baginda s.a.w bersabda: " Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"

Baginda s.a.w bersabda: " Nesacaya akan kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril a.s menyeru: "Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan olah Allah taala."

Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad s.a.w berjumpa satu umat, baginda s.a.w akan bertanya: " Di mana umatku?"

Jibril a.s berkata: " Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila Nabi Isa a.s datang, Jibril a.s menyeru: "Tempatmu!" Maka Nabi Isa a.s dan Jibril a.s menangis.

Nabi Muhammad s.a.w berkata: " Mengapa kamu berdua menangis?"

Jibril a.s berkata: "Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril a.s berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad s.a.w menangis lalu bertanya:

"Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril a.s berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad s.a.w!"

Nabi Muhammad s.a.w bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: " Wahai Muhammad!"

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Wahai umatku."

Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Allah taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad s.a.w?"

Jibril a.s berkata: "Mereka adalah sebaik umat."

Allah taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad s.a.w bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril a.s kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah taala."

Nabi Muhammad s.a.w berpaling ke arah umatnya lalu berkata: 'Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah taala."

Allah taala berfirman: "Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu."

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat.

Nabi Muhammad s.a.w menyeru: 'Tuhanku... Penguasaku Penghuluku..! Aku tidak meminta untuk diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk umatku dari-Mu!"

Ketika itu juga, neraka Jahanam berseru: "Siapakah yang memberi syafaat kepada umatnya?"

Neraka pula berseru: "Wahai Tuhanku...Penguasaku Penghuluku..! Selamatkanlah Muhammad dan umatnya dari seksaannya! Selamatkanlah mereka dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku dan azabku! Sesungguhnya mereka adalah umat yang lemah. Mereka tidak sabar dengan penyeksaan."

Nabi Muhammad s.a.w lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dari pipinya. Para Nabi melihat keluh kesah dan tangisannya. Merea berkata: "Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah taala ini begitu mengambil berat hal keadaan umatnya."

Fatimah r.a bertanya; "Di mana aku hendak mendapatkanmu di hari kiamat nanti, wahai bapaku?"

Baginda s.a.w menjawab: " Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."

Tatkala umat Nabi Muhammad sedang mencari mimbar Nabi Muhammad untuk mendapatkan syafaat pada hari kiamat, Mariam, Asiah, Khadijah dan Fatimah Az-Zahra sedang duduk. Ketka Mariam melihat umat Nabi Muhammad s.a.w, dia berkata: " Ini umat Nabi Muhammad s.a.w. Mereka telah sesat dari Nabi . mereka. Suara Mariam telah didengari Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Adam a.s berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w: "Ini umatmu wahai Muhammad! Mereka berkeliling mencarimu untuk meminta syafaar kepada Allah taala. Nabi Muhammad menjerit dari atas mimbar lalu bersabd: "Marilah kepadaku, wahai umatku! Wahai sesiapa yang beriman dan tidak melihatku. Aku tidak pernah lari dari kamu melainkan aku sentiasa memohon kepada Allah taala untukmu!"

Umat Nabi Muhammad s.a.w berkumpul di sisinya.

Ketika di atas sirat, Nabi Muhammad s.a.w bersabda kepaba malaikat Malik: "Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar melihatmu."

Nabi Muhammad s.a.w berhenti di atas sirat. Setiap kali baginda s.a.w melihat seorang dari umatnya bergayut di atas Sirat, baginda s.a.w akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali. Nabi Muhammad s.a.w berkata: "Tuhan! Selamatkan mereka! Tuhan! Selamatkan mereka!"

Renungan Bersama

Apabila baginda hendak pergi meninggalkan dunia, baginda menyebut "Umatku, umatku, umatku."
Apabila baginda menjadi manusia pertama yang dibangunkan juga, yang diingati adalah umatnya.

Apabila di Padang Masyar, semua sibuk dengan urusan sendiri, hatta orang yang paling kita sayangi; ibu, bapa, sahabat, dan sesiapa saja. Tetapi hanya baginda saja yang sibuk mengambil tahu tentang kita.

Agak-agaknya kita bagaimana?

Wahai diri, bersyukurlah bahawa kitalah umatnya.

Buat renungan bagi diri ini yang selalu alpa.

LELAKI SABAH: Gua bersyukur kerana gua dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad. Salam Maulidur Rasul.

Tuesday, February 8, 2011

Maruah Tercalar Di Batu Burok

KEEP the blue flag flying high - CFC

HATI gua masih terbakar. Pedih, geram dan penuh dendam. Gua sendiri tak sure apsal team kesayangan gua, Chelsea boleh kalah di tangan Liverpool. Nak kata team gua tak hebat, memang tipulah. Nak kata team lawan pulak kuat, itu memang tipu.

Gua sebenarnya tak kisah dan gua pun tak sedih. Cuma gua 'goyang' sebab new player team gua tak perform. Gua jadi malu ngan budak2 rumah. Gua juga malu ngan budak2 opis terutamanya fan club Arsenal. Gua jadi bahan beb. Kiri kanan gua kena.

Tak pe lah...benda dah berlalu. Cuma gua happy lah sikit sebab jarang-jarang gua dapat tengok live game Chelsea kat screen besar. Al-maklumlah, gua bukan duk kat KL sekarang. Gua duk kat negeri yang pernah dikuasai pembangkang.

Nak dijadikan cerita, hari tu gua ngan tiga lagi member yang gua anggap adik2 pi layan live EPL kat Batu Burok. Gua memang tak layan jersi2, so gua pakai jaket je. Member lagi seorang pakai jersi Liverpool dan seorang lagi pakai baju Blues. Memang gempak lah. Masalahnya, seorang member pulak termimpi pakai jersi Harimau Malaya. Memang kena bahanlah mamat tu.

Kitaorang lepak satu meja. Rokok dunhill wajib ada atas meja. Layan teh o suam ngan kentang goreng, memang masyuk lah malam tu. Lepak start kul 11, preview game pun kitaorang layan. Game dah nak mula, semua senyap. Gua mcm biasa, pong pang tak ingat. Tak kira kalah menang, janji gua enjoy.

Tapi gua dan buat taruhan ngan budak2 tu. Kiranya gua ni mewakili Chelsea la dan seorang mamat Utusan tu mewakili Liverpool. Gua sound awal2, sapa kalah kena open table. Gua memang confident akan menang malam tu.

Masuk je minit ke-69, peluh gua dah mengalir deras. Tanpa gua sedar dan tanpa gua perasan, budak2 lain bersorak. Siap angkat kerusi lagi depan gua. Dorang ingat gua tak pernah buat mcm tu ke. Silap lah bro.

Apa pun, pertaruhan tetap pertaruhan. Mujur gua tak suruh budak2 tu order makanan berat2. Sebab bukan calang2 harga kat kedai tu. Standard warung je tapi harga mahal giler.

Malam tu, selain rokok dunhill berharga RM10 milik gua hangus terbakar, duit RM30 yang gua plan nak bayar upah gunting dan cuci rambut juga turut melayang. Semuanya gara-gara budak rambut kuning yang baru dibeli dari kelab 'picisan'.

LELAKI SABAH: Sejak kebelakangan ni, gua bersyukur kerana dapat menjamu selera secara percuma hasil ihsan orang-orang Terengganu. Terima kasih.

GUA dan rakan-rakan gua hadiri rumah terbuka Miss I-Ling

Thursday, February 3, 2011

Drogba Tetap Pilihan Gua

DROGBA

Budak baru Chelsea, Fernando Torres ada berkata...

“I just want to be at the level I am supposed to stay because it is a great club with a great responsibility and everyone is expecting good things from me and I am prepared for the challenge....."


Nahh...itu FT yang kata, gua tak kata apa-apa. Apa yang gua tau, mamat Spain ni kemaruk sangat nak kejuaraan. So, dia nampak Chelsea ada watak juara BERBANDING bekas kelab lamanya.

TORRES

Bagi gua sendiri, Chelsea milik bersama. Sapa-sapa je boleh join. Hatta pak Arab sekalipun, kalau dia main bagus boleh join Chelsea. Dan gua jangkakan, lepas ni ada seorang player Man City dan seorang player dari Liga Spain yang akan join The Blues untuk transfer musim depan.

Bercakap pasal FT ni, gua ada satu cerita nak kongsi. Baru-baru ni,gua sudah kena tegur oleh seorang brother Arsenal. Brother tu memang kaki bola dan gua tabik sangat ngan brother ni. Paling best, gua kenal sangat ngan brother ni dan dia pun maklum tentang diri gua sebagai penyokong The Blues.

Tengah sembang-sembang kosong, brother ni sempat tanya pada gua seolah-olah gua ni manager Chelsea. "Sapa yang nak duduk bangku simpanan nanti, Torres ke, Didier Drogba kah, Anelka ke, Kalou kah," kata brother tu.

Jawapan gua simple je..."Tak kisah siapa pun yang datang, Drogba tetap dihati gua. Dan gua yakin 100 peratus penyokong The Blues akan pilih Drogba sebagai pilihan pertama.."

Ini bermakna, gua tak kisah sama ada FT main or tak. Sebab gua secara peribadi bukan minat sangat ngan FT ni. Lagi-lagi dia bekas player Liver*00*. Kalau Xavi or Iniesta yang join Chelsea, itu baru gua anggap satu kejutan besar.

Cakap pasal Drogba, gua memang minat kat mamat negro ni. Gua tau, mamat ni sombong sikit, tapi sombong tu la yang gua suka. Dalam blog ni, dah beberapa kali gua crita pasal mamat ni.

Gua ada cerita pasal kenangan gua bersama DD di sini. Gua ada juga selitkan harapan gua menjelang Piala Dunia 2010 di sini. Juga intro gua pasal mamat negro ni di sini.

Pendek kata, teruja gua ngan Chelsea tetap sama sebab apa yang gua nak tengok dalam Chelsea adalah Didier Drogba menjaringkan gol. Itu je.

LELAKI SABAH: Gua akan pening kalau korang suruh gua pilih antara Dian Sastrowardoyo ataupun Nia Ramadhani.....

Diandra Paramita Sastrowardoyo

Prianti Nur Ramadhani

Thursday, January 27, 2011

Dia Darah Dagingku

HITAM putih sebuah kehidupan bernama keluarga


"MU ambiklah gambar puas-puas", luah seorang tertuduh ketika beberapa rakan media merakamkan gambarnya. Dia sempat melemparkan senyuman pada ketika pergelangan tangannya digari. Dengan berbaju ungu tanda dirinya Orang Kena Tuduh (OKT), lelaki itu berjalan sambil diiringi beberapa anggota polis.

Aku yang datang sejak pagi tadi hanya memerhatikan kisah itu. Aku duduk dikerusi bersama beberapa manusia lain. Semuanya berpakaian formal walaupun kerja hakiki manusia-manusia itu hanyalah nelayan dan petani.

Seketika kemudian, aku terdengar suara seorang wanita di tepiku. Sambil berloghat tempatan, dia cuba meluru ke arah lelaki yang digari itu. Dengan wajah sedih, dia seakan-akan mahu memeluk lelaki itu. Aku terpegun dan terkejut dengan tindakan wanita itu.

Dalam hati aku berkata, siapalah wanita ini. Aku cuba keluar dari kepompong tugasanku sebagai seorang wartawan untuk seketika. Aku mahu menjadi manusia biasa pada hari itu. Sambil cuba merapatkan diri dengan wanita itu, aku sempat mendengar beberapa ayat yang keluar dari mulutnya.

Malangnya, aku tidak ingin dedahkan apa yang dikatakan oleh wanita itu. Cuma apa yang aku ingin kongsi adalah perasaan wanita itu. Sayu aku mendengarnya dan baru aku tahu betapa besarnya nilai perasaan wanita yang ku lihat itu.

Aku juga sempat melihat 'benda' yang dipegangnya dari tadi. Rupa-rupaya 'benda' itu adalah sebungkus plastik mengandungi kuih muih dan minuman yang telah dibungkus.

Ahhh....apa lagi yang aku ingin katakan. Aku sudah tahu jawapan kepada tindakan wanita itu. Dia adalah anak kepada lelaki yang digari. Dan tujuannya datang ke mahkamah itu adalah untuk memberikan makanan dan minuman kepada ayahnya.

Sejujurnya, wanita itu tahu ayahnya adalah seorang pesalah jenayah, tetapi hati nuraninya tidak pernah menganggap ayahnya seorang pesalah. Apa yang dia tahu, lelaki itulah yang pernah memberikannya makanan. Membesarkannya dan menjadikan dirinya manusia.

Dan apa yang aku boleh katakan, wanita itu memiliki tanggungjawab sebagai seorang anak. Anak yang tidak mahu perut ayahnya kosong dan anak yang rindukan ayahnya.

Mungkin saja wanita itu lega kerana berpeluang menatap wajah ayahnya, namun jauh di sudut hatinya, dia tetap menangis kerana bekalan makanan yang dibawanya tadi langsung tidak dapat disentuh oleh lelaki bergelar ayah itu.


LELAKI SABAH: Siapa pun dia, jahat sekalipun dia, dia adalah darah dagingku.

KEBAHAGIAN bukan untuk dinikmati tetapi untuk dihargai

Saturday, January 22, 2011

Badak vs Helang

SABAHAWKS cetus semangat anak Di Bawah Bayu.
(kredit to www.sabahawks.net)

GUA pernah terfikir, apsal team bola Sabah kena gelar Badak. Nak kata Sabah banyak badak, gua tak sure plak. Setahu gua, Sabah femes ngan Orang Utan. Tapi tak sedap plak kalau team bola gua kena gelar Skuad Orang Utan.

Bukan apa, nak dijadikan crita, baru-baru nie gua dapat info dari member gua kat Keningau. Dia sms gua dan bertanyakan pasal Sabahhawks. Dia nak tahu apa benda Sabahawks ni. Gua plak jadi pening. Dalam hati gua berkata, tak kan Sang Badak (Sabah Rhinos) dah tukar jadi Sabahawks.

Gua cuba search kat internet. Tup..tup..gua jumpa jawapannya. Rupanya-rupanya Sabahhawks ni adalah laman web. Laman web bagi penyokong bola sepak team Sabah. Fuhh..tenang hati gua dibuatnya.

Selepas sekian lama gua berpaksikan kepada Sabah Rhinos, kini gua dah ada saluran baru. Gua hanya perlu klik di sini. Bagi gua, ini adalah satu perkembangan baik buat penyokong-penyokong Sang Badak. Bole tahu setiap info dan perkembangan terkini mengenai Sang Badak.

Kebetulan plak musim ni Sang Badak dah masuk Liga Super. Maknanya, gua bole layan secara live game Sang Badak bila berkunjung ke Terengganu.

Untuk paparan kali nie, gua malas nak tulis banyak-banyak. Tujuan gua cuma nak bagitau semua geng-geng aramaiti yang kita sudah ada SABAHAWKS FC.

LELAKI SABAH:
Badak bernafas dalam lumpur
Si Helang terbang mencari puyu
Jangan gentar ayuh bertempur
Demi maruah Di Bawah Bayu

Adunan warna Selangor dan Sepanyol jadi intipati warna jersi home Sang Badak.
(www.sabahawks.net)

Thursday, January 20, 2011

Tolong Ingatkan Gua

INI antara bekalan makanan wajib gua
selama bergelar perantau.
- Gambar hiasan

JANGAN serius. Jangan gelabah dan jangan memberontak. Kita santai-santai demi sebuah kehidupan. Kita cerita apa yang berlaku hari ini.

Begini ceritanya. Hari nie gua masuk keja awal sikit. Bukan sebab gua rajin, tapi gua rasa lapar. Gua memang dah plan nak ajak encik azam makan roti bakar di kedai 78. Gua tengok roti bakar kedai itu superpower. Kedia standard kaki lima, tapi roti bakar ala-ala hotel lima bintang. Tapi hajat gua tak kesampaian, azam bercuti hari ini.

Gua masuk opis. Gua layan paper barang sehelai dua. Gua sembang dgn encik iswan, encik fauzi dan puan siti. Rutin macam biasa. Gua bincang pasal tugasan hari ni. Semua kosong. Gua pun kosong. So, masing-masing buat keja.

Masuk jam 11 lebih, tengah gua layan komen-komen dalam fb, gua tetiba terdengar suara keras puan siti. Gua jadi terkejut, tapi gua rileks. Lama-lama suara puan siti jadi lain. Macam marah ada, macam sedih ada.

Gua datang dekat puan siti. Gua nampak dia sudah menangis. Gua panik, tapi gua tahu dia baru saja dapat berita sedih. Time tu cuma gua ngan encik fauzi ada di opis. Dan memandangkan gua ni sedikit senior, maka gua yang mulakan pertanyaan.

Selepas dipujuk, puan siti ceritakan. Katanya abangnya sudah meninggal dunia. Innalillah. Gua sekali lagi terkejut. First time gua nampak siti menangis seserius itu. Gua biarkan dia tenang dan lepas tu gua bincang dengan dia.

Dia kata dia nak balik KL skarang. Ok, gua offer untuk hantar ke airport, tapi puan siti menolak. Dia nak pegi sendiri. Tak pe, gua paham perasaan dia.

Nak dijadikan cerita, gua tetiba jadi sebak bila mana puan siti hulurkan sebuah paper bag. Kata puan siti, dalam paper bag tu ada makanan. Makanan tu puan siti bawa dari rumah dengan niat nak makan pada tengah harinya.

Masa gua tulis cerita ni dah nak masuk maghrib sebenarnya. Tapi makanan tu gua tak sentuh lagi. Gua jadi serba salah. Gua tak tau nak buat apa.

Gua tahu perasaan puan siti skrg ni. Sebab gua juga pernah rasai benda yang sama. Masa gua critakan pada member2 gua tadi, gua tetiba jadi sebak. Tetiba plak gua teringat arwah emak gua. Bukan apa, masa kecik-kecik dulu, arwah selalu bekalkan makanan untuk gua ke sekolah.

Kalau bukan pisang gorang, arwah akan bekalkan nasi goreng. Yang speselnya, nasi goreng tu adalah nasi goreng kunyit cap ibu dan anak.

Dan hari ni, pada situasi kesedihan yang sama, gua sekali lagi disajikan bekalan makanan. Sebab tu gua jadi sebak.

Tak pe, gua kan lelaki. Mana boleh sedih-sedih. Namun, apa yang gua dapat rasakan, semua yang berlaku ini ada hikmahnya. Bagi gua sendiri, ia mungkin 'isyarat' daripada emak gua. Isyarat supaya gua tidak berjalan kosong. Isyarat supaya gua sentiasa membawa 'bekalan' sehingga hembusan nafas terakhir gua.

LELAKI SABAH : Takziah buat Puan Siti Airunisa atas pemergian abang kandung tercinta. Al-Fatihah.

KERJA gua masa kecik-kecik dulu curi kelapa tokey Cina sebelah kampung.
Secara kebetulannya, anak tokey Cina tu jadi classmate gua masa
Tingakatan 6 dan masa belajar di UKM.

Tuesday, January 18, 2011

Kalah Tapi Menang

TERINGIN nak buat gaya ni masa seri dengan RTM.

ADA kawan kata, "takda erti sapa menang sapa kalah". Aku tidak pasti apa maksud sebenarnya, tapi aku letakkan ia sebagai ayat bersifat berperibadi.

Siapa menang siapa kalah. Jawapannya, kita sudah kalah.
Kita sentiasa kalah walaupun kita mahu menang. Kita kalah walaupun kita hampir menang. Dan kita juga disahkan kalah walau kita lawan pasukan kalah.

Siapa peduli dengan kekalahan. Aku, dia, hang dan lu....tiada siapa peduli. Sebabnya, kita sentiasa senyum pada ketika kita kalah dan kita sentiasa bersorak walaupun kita telah kalah.

Tapi.....

Pernahkah kita mengaku kalah. Jawapannya tidak. Biar sekalipun kita dibawah, kita tidak mengaku kalah. Biar sekalipun kita ditindas, kita tidak mengalah. Kita tetap melawan dengan cara kita, hingga akhirnya kita menang.

LELAKI SABAH : Terima kasih Azizul sebab tumpangkan pergi dan balik, terima kasih Wan Fakhrul sebab pinjamkan kasut dan terima kasih kawan-kawan kerana akhirnya kita 'menang'.


2008...baru panas badan.


2009...Banyak main dari bermain.


2010...Kenangan mengusik jiwa.



PERNAH muncul juara sampai....


MASUK PAPER....


#Ihsan gambar Puteri Elaira Eliza (http://elaira.fotopages.com)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...