Friday, February 26, 2010

Jangan berlagak biarpun kau mampu...

Aku lebih sanggup berkawan dengan sampah daripada hidup dengan manusia yang berlagak dan sombong


AKU tidak berminat sebenarnya untuk beremosi dalam blog ini, tetapi dengan hak dan kudrat yang ada, aku rasa aku perlu juga bermain emosi..

Sejak kebelakangan ini, dugaan yang menimpa diriku cukup hebat. Tapi ia tidaklah membawa aku untuk melakukan kerja-kerja gila.

Aku masih waras dan masih ada perasaan untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk.

cumanya, luahan emosi aku ini terlalu halus dan sukar difahami..tapi, siapa yang makan cili, dia pasti terasa pedasnya

Ceritanya bermula begini....

"Aku tau dia mampu, tetapi janganlah berlagak dan bermegah-megah dengan apa yang kau pernah rasakan.

Perlukah kau tunjukkan yang kau pernah memilikinya dan kagum dengan kehebatannya..jangan berlagak lah wei.....Aku tau ko tu test tinggi walaupun kau cuba selindungkan.

Tak nak mengaku, jgn tipulah...dari gaya bahasa kau aku tau ko cuba nak bagitau kepada semua orang di dunia ini yang kau pernah memilikinya...hebat konon..."


LELAKI SABAH: ada orang yang suka buka status kat FB kerana mahu menunjuk-nunjuk...dengan harapan orang lain akan kagum dan seterusnya membalas statusnya...kesian aku tengok...

Wednesday, February 10, 2010

Biadapkah 'AKU'

Christian Pelras bukanlah lelaki bugis, tetapi anak Perancis ini
tahu budaya dan adat Bugis.

15 tahun lalu, seorang guru matematik berasal dari Semenanjung Malaysia ada menegur aku. Ia adalah teguran pertama yang aku terima hanya kerana aku menggunakan kata ganti nama AKU dalam perbualan.

Katanya, tak elok cakap AKU, tak sopan. Gunalah SAYA kalau mahu bercakap terutamanya kepada orang tua.

Aku tersentak, tapi cuba untuk tidak berkata apa-apa.
"Ok cikgu, minta maaf kalau saya cakap tidak sopan," aku balas juga teguran cikgu tersebut.

Dalam kehidupan aku sebagai anak Bugis, aku sentiasa diajar untuk bercakap sopan. Dan aku akui, budaya aku sentiasa meletakkan kesopanan dan penghormatan di tempat teratas.

Aku dilarang sekali memanggil orang yang lebih berusia dengan panggilan KAU. Itu memang satu kebiadapan. Lebih-lebih lagi kepada ibu bapa dan pakcik-pakcik. Kami perlu menggunakan ganti nama KITA.

"Kita nak pigi mana mak?"
"Kita sudah makan?"

Itu yang aku diajar.

Kadang kala, benda yang 'busuk' dan 'keji' itu akan menjadikan kita lebih matang dan mesra alam

Hari ini, selepas 15 tahun berlalu sejak peristiwa guru menegur aku, situasi yang sama berlaku. Kali ini, aku rasainya di negeri orang apabila aku ditegur kerana menggunakan kata ganti nama AKU.

Mereka kata, bahasa tu kasar dan tidak beradap. Kata mereka lagi, bahasa AKU memang tidak boleh digunakan di sini.

Its ok...aku boleh terima dan aku minta maaf andai ia satu kebiadapan. AKu tahu dan aku sentiasa ingat kesilapan dan kekilafan itu.

AKU AKAN IKUT ACUAN DI SINI DAN AKU AKAN HORMATI BUDAYA DI SINI.

Cumanya, apa sedikit keliru. Keliru dengan insiden aku ditegur oleh guru matematik tadi.

Aku bertanya, kenapa dan mengapa cikgu itu (org pertama yang menegur AKU) yang datang ke Sabah tidak boleh menerima budaya aku.

Sedangkan orang tua ada berkata, kalau masuk kandang kambing, jadilah kambing dan kalau masuk kandang harimau, jadilah harimau.

Apapun, aku mungkin boleh tunduk kepada teguran cikgu matematik itu kerana aku tahu aku terlalu muda untuk menentangnya.

Namun, perlukah aku terus tunduk kepada teguran yang sama walaupun aku sudah matang dan hidup 30 tahun di dunia ini?

Aku sebenarnya mahu hidup dengan budaya dan bahasa aku kerana aku adalah LELAKI SABAH..itu saja.

Setinggi mana pun Lelaki Sabah ini pergi, dia tidak pernah lupa asal usul dan budayanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...