Friday, March 25, 2011

Terima Kasih Pacik

Bismillahirrahmanirrahim

HARI ni hari Jumaat. Gua duduk santai di opis sambil ketuk-ketuk story. Menjelang tengah hari, gua sudah dengar Azan berkumandang dari sebelah pejabat. Tanda semua umat muslimin perlu segera untuk tunaikan solat Jumaat.

Khutbah sudah didengar, solat sudah didirikan dan doa sudah diminta. Gua keluar dengan nada keinsafan sambil mencari sepasang selipur jepun kaler kuning. Cuaca hari ni sejuk-sejuk, berkat hujan yang turun sejak semalam.

Melepasi pintu masjid, mata gua sudah terpandang kelibat sang peniaga. Air kelapa, cendol dan kuih pau menjadi taruhan. Ramai yang berkumpul membeli. Alhamdullilah. Rezeki halal buat mereka.

Sepuluh meter berjalan, mata gua melilau lagi. Kali ini luar biasa sikit. Hati bercampur hiba dengan perasaan sayu membuak-buak. Gua terpandang seorang pacik. Tingginya lebih kurang arwah ibu gua. Dia pakai spek mata sambil berkopiah. Matanya tepat melihat setiap penghuni masjid. Dengan harapan, ada yang singgah membeli jualannya.

Ini kali pertama gua nampak kelibat pacik ni. Dia sebenarnya seorang peniaga. Menjual keropok dalam plastik. Modalnya cuma segulung tikar sebesar satu meter. Dia hanya berdiri dengan tangan bersandar di tiang lampu. Tugas pacik ni, menyapa setiap manusia yang lalu. Sayangnya....tiada siapa yang singgah untuk memberinya rezeki.

Ahhh...aku benar-benar tersentuh. Kalaulah aku ni anak jutawan, akan ku borong semua jualannya itu. Aku hanya memandang dari jauh. Selang 5 minit kemudian, singgah seorang lelaki tua. Sambil bersalaman, orang tua itu membeli dua bakul plastik dengan nilai RM2.

Gua sempat lihat wajah pacik itu. Dia senyum sambil tangannya pantas memasukkan RM2 tu ke dalam poket. Nilai itu begitu besar baginya. Mungkin saja duit itu akan menjadi modal kepada jualannya. Dan mungkin juga duit itu untuk membeli sesuap nasi.

Oklah pacik, gua mau masuk opis dulu. Pacik teruskanlah dengan usaha pacik. Gua berdoa, agar pacik terus dipanjangkan umur dan dimurah rezeki.

Kembali duduk atas kerusi hitam gua. Tangan pula pantas memegang sebatang rokok jenama Dunhill. Dibakar, dihisap dan dihembus. Sambil ingatan ligat mengimbas memori silam. Apa yang gua ingatkan? Gua saja yang tahu. Pastinya, pacik itu menjadi asbab kepada ingatan gua kepada kehidupan lampau.

Gua pernah lalui kehidupan seperti pacik tu. Bezanya, gua ngan arwah ibu gua berniaga sayur dan pacik tu berniaga keropok. Waktu itu gua dalam darjah 4. Memang gua masih kecik, tapi gua tahu apa itu perasaan. Perasaan yang dirasai pacik keropok tu. Jadi, gua memang tahu bagaimanapun mencari rezeki di bahu jalan.

Rezeki datang dari Tuhan. Diberikan kepada manusia terpilih untuk diserahkan kepada gua ngan pacik tu. Prosesnya memang touching. Dan setiap pemberian sama ada 0.50 sen, RM1 ataupun RM5 adalah satu nikmat. Nikmat yang boleh mengubah hidup.

Ya Tuhan, permudahkanlah setiap urusan manusia-manusia yang mencari rezeki halalmu. Termasuklah gua, isteri gua, bapa gua, adik beradik gua, saudara-saudara gua, kawan istimewa gua, kawan-kawan gua, dan semua manusia.





LELAKI SABAH: Syahdu dengar lagu legenda kelahiran Isabela Filipina, Freddie Aguilar - Anak. Lagu peneman setiap kali berjualan sayur di bahu jalan.

4 comments:

  1. Di mana saja kita berada/buat untuk cari rezeki yang HALAL, InsyaAllah Allah sentiasa bersama kita. Jangan risau, semua rezeki datang dari Allah dan ada bermacam jenis rezeki. Yang penting kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang kita dapat. Kalau kita rasa belum cukup, it's ok. Tambahkan usaha. :)

    ReplyDelete
  2. apapun kita , mesti kita sentiasa ingt bahawa yang memberi rezeki itu adalah Allah . Setiap rezeki yang diberi kepada kita , yang telah dimulakan oleh kita sebagai pencari rezeki yang berkat dan diredhai~

    ReplyDelete
  3. FM: thanks atas peringatan. sama mcm gua, gua harap FM pun akan terus dimurahkan rezeki.

    Leha: thanks juga atas peringatan.

    ReplyDelete
  4. bersama mencari rezeki yg halal~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...