Friday, January 8, 2010

Berakhirnya Minggu Suai Kenal....

Dunia tempat aku mencari rezeki, Terengganu Darul Iman


PEJAM celik pejam celik...sudah genap satu minggu aku bertugas di Terengganu. Minggu yang aku anggap sebagai minggu suai kenal. Aku berjalan pasti berteman. Kalau bukan Manirah, Bro Veron yang akan bawa aku. Kalau bukan Siti (Utusan), Azlan dan Pojie yang akan pimpin aku.

Semua mereka adalah mentor aku sejak aku tiba di sini pada 31 Disember lalu. Maklumlah, Terengganu atau lebih tepat lagi, Kuala Terengganu ini bukanlah kecil. Bandar tempat aku tinggal ini merupakan bandaraya pesisir laut pertama di Malaysia. Hebat kan...

Sepanjang satu minggu ini juga, aku lalui kehidupan yang cukup pantas. Aku sudah merasai pelbagai makanan di pelbagai tempat. Aku sudah singgah di beberapa kedai yang mana bakal menjadi kedai wajib aku.

Pertamanya adalah di stesen petronas dekat bulatan menuju ke balai polis. Keduanya adalah kedai makan yang betul-betul terletak di bawah pejabat aku. Ketiganya, kedai dobi apek di Kampung Bukit Bayas. Keempat Giant Kuala Terenggau dan kelima pastinya TER, iaitu tempat di mana terletaknya gelanggang badminton tempat aku bermain.

Satu minggu ini akan menjadi minggu yang indah bagi aku. Aku keluar masuk balai polis, naik turun hotel primula, ada masa singgah kejap di padang stadium. Semua itu aku buat untuk kerja. Kerja aku adalah mencari story..tidak kira besar atau kecil, aku mesti cari juga.

Orang kata, duduk biro memang best, dan aku akui memang best. Itu untuk satu minggu ini dan berdasarkan naluri aku, aku jangkakan aku akan kekal di sini untuk tempoh yang lama. Tiga tahun, lima tahun, tujuh tahun...oooooooooo, aku pun tak tau...

Ikut surat syarikat, aku di hantar ke sini atas jawatan Penolong Ketua Biro, tetapi dalam hati aku, aku sentiasa letakkan diri aku sebagai wartawan kerana aku begitu dahagakan untuk keluar mencari story sambil lepak-lepak hisap rokok.

Aku mau cerita sikit pasal kehidupan aku di pejabat. Aku telah diberikan sebuah meja secara bersendirian dan diletakkan di sudut pejabat. Ahhh...merasa juga aku ada meja sendiri. Dua meter di hadapan aku tempat duduk Fauzi, iaitu jurugambar kosmo! yang aku panggil sebagai Pojie. Di sebelahnya adalah ORANG KUAT aku iaitu Manirah.

Aku mahu crita sikit pasal Manirah. Dia ni seorang wanita Kelantan yang cool, tenang dan cekap ketika membuat kerja. Aku seronok ada 'pekerja' sepertinya. Dia sentiasa anggap aku sebagai bos, tapi aku pula sentiasa anggap dia sebagai kawan. Kerja kami satu saja, makan di kedai Mak Moh.

Sebelah Manirah ada satu dinding. Di dinding tu pulak ada sebuah kertas yang tertulis Republik Of Kosmo...Di sebelah dinding tu duduknya budak Kedah yang bernama Irman. Depan Irman ialah Siti (minah ni antara geng aku kalau mau pi makan)..dan di depan Siti adalah my BRO..iaitu Radhuan Hassan..kalau bro ni tiada di opis..aku jadi sunyi. Sampai satu tahap, aku anggap bro ni sebagai nyawa aku di Terengganu

Kerja kami ialah makan kopo lekor dan minum air klapa dekat masjid putih. Pi esaimen sama-sama, balik esaimen sama-sama. Merokok sama-sama dan cerita pasal awek pun sama-sama. (Terima kasih bro...itu ayat wajib Veron)..

Hampir terlupa, di sebelah satu sudut lagi terletaknya meja roommate aku, Azlan yang juga jurugambar Utusan. Di depannya adalah Azam iaitu pekerja di pejabat ini dan tiga meter dari Azam, adalah tempat duduk Kak Jah (tulang belakang pejabat).

Siapa lagi yang tiada....ooooo, ada satu lagi tapi tempatnya spesel sikit sebab di dalam bilik khas. Di sinilah duduknya Ketua Biro Terengganu yang aku panggil sebagai bos Chek Wan...

Ok...kita keluar dari pejabat. Ini cerita pasal rakan-rakan baru aku.Paling glamor pastinya Haji Hamid, iaitu stringer Berita Harian. Haji ni boleh digelar sebagai OCPD bagi media Terengganu...

Aku gembira jugak sebab aku dah boleh 'kamching' ngan Haji. Dalam sehari, aku akan jumpa haji sampai tiga kali. Paling best, haji Hamid pun buat sukan so kami memang sealiran.

Selain haji..aku juga sudah 'kamching' dengan beberapa repoter di sini terutamanya Bernama dan Sinar Harian..antaranya, Mek Jah dan Wan (serai wangi), bro Fendy ngan bro Shahrom (geng merokok), kak Samsiah (bernama), Saidatul, Ayu, Huda, Ruby, Azmi (Sinar Harian), Kak Ayu (NST), Suraya (BH) dan beberapa lagi nama lain.

Satu saja yang aku ingin katakan pada mereka adalah Terima Kasih kerana sudi menerima dan menjadikan aku sebagai kawan..

Apa lagi aku mau crita...Ahhh..rasanya cukuplah dulu sebab aku baru seminggu dan apa yang aku luahkan ini adalah isi hati dan gambaran aku tentang dunia Terengganu..

Banyak yang aku belum sentuh terutamanya tentang makanan, tentang jalan yang pernah membuatkan aku sesat, tetap awek-awek di sini yang gebu, tentang percakapan dan loghat yang aku tidak faham dan tentang diri aku (bilik aku, rumah aku, motor aku)...

Seperti kata M.Nasir dan kumpulannya, Kembara dalam lagu Impian Anak Jalanan...

Ku tinggalkan kampung halaman (Keningau & Bangi),
Ku tinggalkan semua yang ku sayang (Noranita & Naufal),
Demi masa depan yang cemerlang,
Semoga aku diberi pedoman..

Apa yang pasti, satu minggu ini akan menjadi penanda aras kepada minggu, bulan dan tahun seterusnya dan di sinilah bermulanya perjalanan seorang insan yang bernama Lelaki Sabah...

"YA ALLAH, BERIKANLAH PERLINDUNGAN DAN PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU UNTUK MENCARI REZEKIMU YANG HALAL"


Byline pertama aku di Terengganu, cerita pasal Tun Dr. Mahathir
berkenaan isu Kalimah Allah



Tiket bas Sani Ekspress yang membawa aku ke Terengganu pada malam 31 Disember 2009.


Ada orang panggil Doorgifts, ada pulak panggil Goodies Bag dan aku panggil paper bag. Inilah cenderhati pertama yang aku dapat ketika membuat liputan di satu majlis sejak aku bergelar wartawan Terengganu

6 comments:

  1. wah,baru seminggu dah nampak cam seronok..bagus la
    tunggu la aku dtg nnt,time aku balik kampung aku tu..hehe

    papehal,nampaknya saudara lebih sesuai duduk di ganu sbb saudara dilihat mempunyai lebih banyak masa utk update blog pjg2...hehe

    ReplyDelete
  2. hahahahaah..aku menanti saudara Wan (selangor boy) untuk datang ke sini..segala makanan dan minuman akan ditanggung..

    Pasal tulis blog, aku rasa inilah medan terbaik aku untuk dijadikan kenangan selama berada di sini...hahahah

    ReplyDelete
  3. insyaallah mus,klu prestasi sgor baik beberapa perlawanan ni, aku akan ke KT utk tgk tganu vs sgor pada 23 jan nnt....
    medan menulis blog tu,klu ada pertandingan blog4KT plak,sure ko leh menang...
    anyway,aku dah collect blackberry tu jap td,suh la bini ko amik esok...ko blk kl ke minggu ni?

    ReplyDelete
  4. ye..aku balik Kl lepas game tragnu lawan kelantan..off day dalam 3 hari coz ada benda nak settel kat rumah...

    ReplyDelete
  5. Saudara Mus, Terengganu adalah antara tempat paling seronok untuk kerja. suasana di Pantai timur cukup berbeza dengan sebelah barat. ini berasaskan pengamatan saya. apa yang pasti, wan fakhrul tu cakap betul, mus nampaknya cepat update blog, tak macam kejoryobkejor! kirim salam kat hj hamid salleh, itu lebih veteran daripada kita semua dan masih rajin menulis. setiap story t-team dan terengganu juga mendapat sentuhan muslakawa! haha. fokus asyik byline mus aje!

    ReplyDelete
  6. Sifu Rizal, dengan sokongan dan panduan yang dipelajari daripada org berpengalaman seperti saudara, ia sedikit sebanyak membantu saya untuk hidup di negeri orang....
    Menjadikan saya 'anak' Terengganu yang beracuankan jati diri Lelaki Sabah....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...