Wednesday, February 10, 2010

Biadapkah 'AKU'

Christian Pelras bukanlah lelaki bugis, tetapi anak Perancis ini
tahu budaya dan adat Bugis.

15 tahun lalu, seorang guru matematik berasal dari Semenanjung Malaysia ada menegur aku. Ia adalah teguran pertama yang aku terima hanya kerana aku menggunakan kata ganti nama AKU dalam perbualan.

Katanya, tak elok cakap AKU, tak sopan. Gunalah SAYA kalau mahu bercakap terutamanya kepada orang tua.

Aku tersentak, tapi cuba untuk tidak berkata apa-apa.
"Ok cikgu, minta maaf kalau saya cakap tidak sopan," aku balas juga teguran cikgu tersebut.

Dalam kehidupan aku sebagai anak Bugis, aku sentiasa diajar untuk bercakap sopan. Dan aku akui, budaya aku sentiasa meletakkan kesopanan dan penghormatan di tempat teratas.

Aku dilarang sekali memanggil orang yang lebih berusia dengan panggilan KAU. Itu memang satu kebiadapan. Lebih-lebih lagi kepada ibu bapa dan pakcik-pakcik. Kami perlu menggunakan ganti nama KITA.

"Kita nak pigi mana mak?"
"Kita sudah makan?"

Itu yang aku diajar.

Kadang kala, benda yang 'busuk' dan 'keji' itu akan menjadikan kita lebih matang dan mesra alam

Hari ini, selepas 15 tahun berlalu sejak peristiwa guru menegur aku, situasi yang sama berlaku. Kali ini, aku rasainya di negeri orang apabila aku ditegur kerana menggunakan kata ganti nama AKU.

Mereka kata, bahasa tu kasar dan tidak beradap. Kata mereka lagi, bahasa AKU memang tidak boleh digunakan di sini.

Its ok...aku boleh terima dan aku minta maaf andai ia satu kebiadapan. AKu tahu dan aku sentiasa ingat kesilapan dan kekilafan itu.

AKU AKAN IKUT ACUAN DI SINI DAN AKU AKAN HORMATI BUDAYA DI SINI.

Cumanya, apa sedikit keliru. Keliru dengan insiden aku ditegur oleh guru matematik tadi.

Aku bertanya, kenapa dan mengapa cikgu itu (org pertama yang menegur AKU) yang datang ke Sabah tidak boleh menerima budaya aku.

Sedangkan orang tua ada berkata, kalau masuk kandang kambing, jadilah kambing dan kalau masuk kandang harimau, jadilah harimau.

Apapun, aku mungkin boleh tunduk kepada teguran cikgu matematik itu kerana aku tahu aku terlalu muda untuk menentangnya.

Namun, perlukah aku terus tunduk kepada teguran yang sama walaupun aku sudah matang dan hidup 30 tahun di dunia ini?

Aku sebenarnya mahu hidup dengan budaya dan bahasa aku kerana aku adalah LELAKI SABAH..itu saja.

Setinggi mana pun Lelaki Sabah ini pergi, dia tidak pernah lupa asal usul dan budayanya.

4 comments:

  1. Kuat jati diri, boleh survive mana-mana...

    ReplyDelete
  2. thanks bro..tapi kengkadang hidup ini kejam juga ya.....bisa buat jiwa kacau....

    ReplyDelete
  3. aku kasar..kalu d sabah..teda hal tu..kalu d sini semenanjung mimang macam ganjil n kasar sebab durang inda biasa dengar...sememangnya tidak silap berkata aku..dan aku pernah hidup 10 thn bergaul dengan bugis, suluk, sungai dan etc di sandakan sampai perkataan aku seperti kebiasaan..penggunaan 'kau' untuk org lebih tua pun kasar tapi kalu di sabah..menarik dan itulah culture di sabah yang special...sebab yg penting hati dan niat bukan perkataan dan ucapan dari mulut..hehe..

    ReplyDelete
  4. Wel^Beiolman: aku bukannya nak memprotes atau mempertikaikan hak org untuk menegur kesalahan aku...
    tapi kengkadang kita perlu terus berdiri di kaki sendiri dan tidak mengikut telunjuk org lain....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...