Kini, semuanya sudah berubah..anak-anak moden Keningau juga sudah berubah. Semuanya gara-gara adanya Keningau fm dan radio baru....
Ini buktinya....
Sairin Terkejut..bangga rakyat beli radio dengar Keningau Fm
KENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, Datuk Sairin Karno berkata, beliau terkejut dan bangga apabila mendapati rakyatnnya berpusu-pusu membeli set radio, hanya kerana mahu mendengar siaran Radio Malaysia Keningau FM.
“Ini menunjukkan rakyat memerlukan maklumat,” jelasnnya semasa memberi reaksi mengenai keghairahan penduduk Keningau membeli set radio sejak kebelakangan ini.
Sairin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Keningau berkata, Radio Malaysia Keningau FM amat penting kepada rakyat di kawasan pedalaman.
“Stesen ini adalah maruah dan mercu tanda rakyat Pedalaman, khususnnya Bandar Keningau sebagai pusatnya,” tegasnya.
Sairin ditemui di sini ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Agama Umno Bahagian Keningau.
Akhbar ini pada Ahad menerbitkan artikel mengenai gelagat penduduk yang sanggup berbelanja besar, semata-mata untuk mendapatkan set radio untuk mendengar siaran stesen itu.
Kebanyakan pendengar stesen itu terdiri daripada penduduk luar Bandar, yang bekerja sebagai penoreh getah, petani, pekebun dan rakyat biasa, yang merupakan sebahagian daripada 400,000 pendengar siaran itu di sini.
Statistik menunjukkan siaran Bahasa Dusun berada di carta teratas kerana mempunyai jumlah pendengar yang paling ramai, disusuli Melayu dan Murut.
Perkembangan terbaru itu mendorong Sairin yang juga Wakil Rakyat Liawan, memohon kepada kerajaan melalui Kementerian Penerangan supaya memberi keutamaan kepada stesen itu.
“Dengan sambutan rakyat yang luar biasa seperti ini, tidak ada sebab kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan penambahan waktu siaran stesen itu,” kata Sairin dan menambah, stesen itu perlu bersiaran setiap hari sebagai saluran maklumat kepada rakyat.
Menjawab satu soalan, pembantu menteri itu berkata, pihaknnya telah menyediakan tapak seluas 20 ekar untuk menempatkan bangunan stesen Radio Keningau FM.
“Rakyat Keningau benar-benar komited dan memerlukan stesen itu beroperasi setiap hari,” katannya. - Sabah Times
mus,sbg warga keningau...ko patut berbangga..
ReplyDeletesbb keningau fm jer yg ada...takde bangi fm atau taiping fm...
tp btul la...radio dulu lg best la..
dgr radio muzik sbb nak dgr lagu2 best...
siap siang tu gi selak paper dulu nak tgk list lagu utk pilihan bersama...pastu bajet2 la lagu tu akan kuar dlm kul brape...
pastu dgr plak radio 1...utk tau result bola..
segmen arena sukan kul 10mlm klu tak silap..mmg update dari stadium ke stadium..
Itulah bezanya antara Keningau, bangi dan Taiping...cumanya sedih sebab Radio Muzik tak dapat bertahan sebagai radio pilihan ramai...
ReplyDeletetu la mus...zaman skang ni byk sgt stesen radio
ReplyDeletetaktau nak dgr yg mana...
pastu sume konsepnye lebih kurang sama je sbb org2 radio ni muka yg sama je berpindah dari satu stesen ke satu stesen..
pastu lagu plak sume dah susun dah..lagu mesin,balik2 ulang lagu yg sama jer..
so,klu nak dgr lagu cam 'gadis & bunga' dendangan rahimah rahim,kena download kat internet jer la.baru dpt dgr...