Sunday, September 6, 2009

Jadilah yang terbaik...Naufal

Lelaki Sabah Junior yang ada cita-cita tinggi


BUAT tahun kedua berturut-turut, anakku, Naufal Zafran menyambut hari jadinya di bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan.
Dan buat tahun kedua juga, Naufal yang lahir di Teluk Intan pada 6 September 2007 telah mula mengerti apa itu makna kehidupan.

Kehidupan bagi anak kecil seperti Naufal pastinya kenakalan dan kemanjaan. Dua perkara yang sering menggangu emosi kita sebagai orang tuanya. Aku berkongsi kegembiraan bila melihat Naufal ketawa kerana aku tahu anak kecil sepertinya sentiasa jujur dengan apa yang dilakukan. Namun, aku juga pastinya berkongsi kesedihan bila melihat Naufal menangis.

Tahun depan, Insyallah Naufal sekali lagi akan menyambut hari jadinya di bulan Ramadan. Dan setiap kali itu juga, aku berharap dan berdoa kepada Allah agar suatu hari nanti, Naufal akan menjadi insan sebaik dan semulia bulan ini.Selamat Hari Jadi Naufal.......

3 comments:

  1. selamat hari jadi naufal
    ni geng yob gak la nie,lahir kat perak..hehe

    mungkin tahun dgn naufal sambut besday dgn adik kot?klu ada la...hehe

    ReplyDelete
  2. Lelaki sabah junior bakal menggegar dunia selagi mendapat bimbingan yang betul daripada lelaki sabah senior. Terima kasih atas kiriman mukasurat tadi!

    ReplyDelete
  3. salam..
    Naufal Hapy Belated bday cute boy..
    Moga jadi ank yg berguna dan cemerlang dunia dan akhirat..aminnn

    frm twu with luv
    anT n

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...