20 tahun lalu, malam2 aku banyak dihabiskan oleh stesen radio ini,
Radio Muzik (kini Muzik fm) dan
Radio Sabah (kini Sabah fm).
Radio Muzik kerana adanya segmen Pilihan Bersama dan individu ini, Isma Halil Hamzah.
Radio Sabah pula menjadi satu-satunya saluran buat aku dan rakan-rakan untuk mendapatkan liputan bola sepak Semi Pro secara langsung...
Kini, semuanya sudah berubah..anak-anak moden Keningau juga sudah berubah. Semuanya gara-gara adanya
Keningau fm dan radio baru....
Ini buktinya....
Sairin Terkejut..bangga rakyat beli radio dengar Keningau FmKENINGAU: Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah, Datuk Sairin Karno berkata, beliau terkejut dan bangga apabila mendapati rakyatnnya berpusu-pusu membeli set radio, hanya kerana mahu mendengar siaran Radio Malaysia Keningau FM.
“Ini menunjukkan rakyat memerlukan maklumat,” jelasnnya semasa memberi reaksi mengenai keghairahan penduduk Keningau membeli set radio sejak kebelakangan ini.
Sairin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Keningau berkata, Radio Malaysia Keningau FM amat penting kepada rakyat di kawasan pedalaman.
“Stesen ini adalah maruah dan mercu tanda rakyat Pedalaman, khususnnya Bandar Keningau sebagai pusatnya,” tegasnya.

Sairin ditemui di sini ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Biro Agama Umno Bahagian Keningau.
Akhbar ini pada Ahad menerbitkan artikel mengenai gelagat penduduk yang sanggup berbelanja besar, semata-mata untuk mendapatkan set radio untuk mendengar siaran stesen itu.
Kebanyakan pendengar stesen itu terdiri daripada penduduk luar Bandar, yang bekerja sebagai penoreh getah, petani, pekebun dan rakyat biasa, yang merupakan sebahagian daripada 400,000 pendengar siaran itu di sini.
Statistik menunjukkan siaran Bahasa Dusun berada di carta teratas kerana mempunyai jumlah pendengar yang paling ramai, disusuli Melayu dan Murut.
Perkembangan terbaru itu mendorong Sairin yang juga Wakil Rakyat Liawan, memohon kepada kerajaan melalui Kementerian Penerangan supaya memberi keutamaan kepada stesen itu.
“Dengan sambutan rakyat yang luar biasa seperti ini, tidak ada sebab kenapa kerajaan tidak boleh mempertimbangkan penambahan waktu siaran stesen itu,” kata Sairin dan menambah, stesen itu perlu bersiaran setiap hari sebagai saluran maklumat kepada rakyat.
Menjawab satu soalan, pembantu menteri itu berkata, pihaknnya telah menyediakan tapak seluas 20 ekar untuk menempatkan bangunan stesen Radio Keningau FM.
“Rakyat Keningau benar-benar komited dan memerlukan stesen itu beroperasi setiap hari,” katannya. - Sabah Times