Thursday, April 8, 2010

Menjejak kasih di usia 30

KADANG KALA tempat yang busuk itulah yang akan meninggalkan kenangan terindah.

MINGGU ini cukup istimewa. Cukup menghibakan, cukup menggembirakan dan penuh kenangan. Buat pertama kalinya emosi aku tersentuh gara-gara kenangan lalu. Kenangan yang pernah menjadikan aku manusia sebenar.

Semuanya bermula gara-gara keputusan isteriku, Noranita Awang yang bercadang untuk menyertai renion bersama bekas rakan sekolahnya di SMK Binoni, Papar. Katanya, selepas hampir 15 tahun tidak bertemu, maka peluang itu akan hadir pada bulan Jun ini. Katanya lagi, semua berpunca dari MUKA BUKU (facebook)...

Sebagai lelaki, aku cukup tercabar. Bukan apa, aku juga pernah bersekolah seperti isteriku dan masih mampu mencari rakan-rakan lamaku.

Lantas pada Isnin lalu, aku terus menunjukkan egoku dengan memuat turun gambar kenanganku bersama anak-anak Keningau ketika berada di Darjah 1 Kuning SK ST FRANCIS XAVIER.

Niatku hanya satu iaitu sekurang-kurangnya untuk mencari seorang dua bekas rakanku yang telah terpisah lama. alhamdullilah, tidak sampai dua jam selepas gambar tersebut ku paparkan di FaceBook, aku telah menemui seseorang, iaitu Daniel Roman.

Daniel ni adalah seorang pelajar yang bijak dan menjadi ketua kelas ku pada ketika itu. Sesuatu yang tidak akan ku lupa ketika bersamanya ialah pada ketika guru matematik ku di Darjah 1 mempersoalkan mengenai kejayaan kami mendapat 100 peratus dalam matapelajaran itu.

Aku menjadi sasaran guru tersebut apabila dia menuduh aku telah meniru Daniel. Walhal, aku tidak pernah berbuat demikian.

Sejak detik itu, aku terus membuktikan pada guru tersebut yang aku boleh berdiri di kaki sendiri seperti pelajar-pelajar lain. Kataku lagi, walaupun aku dari keluarga yang susah, tapi aku masih boleh berjaya seperti insan lain.

Dan aku boleh katakan bahawa di waktu inilah bermulanya detik kebangkitan Lelaki Sabah..

LELAKI SABAH (depan dua dari kanan) dan Daniel (lelaki duduk tengah) mempunyai persamaan dalam gambar ini. Lihat saja tangan kedua-dua lelaki ini.

Selang sehari selepas itu, aku ditemukan lagi dengan seorang bekas rakanku. Lelaki ini adalah idola aku di sekolah dulu. Bukan apa, dia adalah antara pelajar terpintar dan boleh juga dikatakan sebagai pelajar contoh. Namanya ialah Mohd. Dana Syukri.

Kalau aku tak silap, dia ni adalah anak kepada kakitangan di Maktab Perguruan Keningau dan mungkin juga berasal dari Semenanjung Malayisa. (Betulkan kalau salah ya)...

Aku dan Syukri cukup rapat. Setiap pergerakkannya adalah pergerakkanku. Dan setiap perbuatannya aku saksikan dengan teliti. Bukan apa, aku mahu belajar setiap inci daripada orang yang bijak. Moga-moga aku menjadi bijak sepertinya.

Kini selepas hampir 20 tidak berjumpa, aku dikhabarkan yang Syukri masih bermastautin di Keningau dan berkerja di sebuah pusat telekomunikasi terkemuka. (aku akan cari kau Syuk..)..

LELAKI SABAH dan Syukri sudah tidak bertemu hampir 20 tahun.

Semalam, jejak kasihku dilengkapkan lagi apabila aku ditemukan secara maya dengan adik angkatku, Khairul Mursyidin @ Din Kedah.

Dia ni adalah jiran aku masa tinggal di Kolej Aminuddin Baki, UKM pada tahun 2000 hingga 2003. Hubungan kami bukan sekadar rakan sekolej, tapi lebih daripada itu. Keluarganya adalah keluargaku dan aku pernah menumpang kasih bersama keluarganya di Jitra suatu ketika dahulu.

Paling penting, rumahnya di Sg Korok, Jitra itu pernah menjadi rumahku bersama isteriku. Pada ketika itu, isteriku belajar di UUM dan arwah ibu Din dengan rasa rendah diri telah menjadikan aku dan isteriku sebagai anak angkatnya. Terima kasih buat seluruh keluarga Din.

MOTOR pertama yang menyebabkan Lelaki Sabah terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah milik Din Kedah. Terima kasih atas kenangan itu.

LELAKI SABAH: Sejarah akan tetap tinggal sejarah dan sejarah tidak akan berulang. Lelaki yang memiliki segulung ijazah berkaitan sejarah juga tidak semestinya menjadi pakar sejarah. Tetapi, takdir telah menentukan dia menjadi seseorang yang kerjanya hanya menulis dan mencari berita.....

2 comments:

  1. Mus, zaman kanak-kanak you memang memperlihatkan you seorang hero... tapi tak tau lah hero untuk kategori apa...hehehe..

    ReplyDelete
  2. Jom layan E Series...(tgh berangan nih..hehe) ^_^'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...